Tiada kata putus Jepun sertai AIIB

Tiada kata putus Jepun sertai AIIB

GARMISCH-PARTENKIRCHEN, Jerman, 8 Jun (Reuters) – Pemimpin negara perindustrian Kumpulan Tujuh (G7) membincangkan mengenai bank pelaburan Asia baru pimpinan China pada sidang kemuncak semalam, dengan Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe menekankan keperluan untuk mengatasi isu seperti rasuah, menurut jurucakapnya.

Sementara 57 negara, termasuk anggota G7 Britain, Jerman dan Perancis, telah menyertai Bank Pelaburan Infrastruktur Asia (AIIB) sebagai anggota pengasas, Jepun dan Amerika Syarikat telah mengelak daripada menyertai usaha sama yang dilihat sebagai pesaing kepada Bank Dunia dan Bank Pembangunan Asia (ADB) pimpinan Jepun.

Bagaimanapun, Tokyo membiarkan opsyennya terbuka.

Jurucakap Abe, Yasuhisa Kawamura, memberitahu wartawan pada sidang kemuncak G7 di Bavarian Alps bahawa Jepun tidak akan berkata sama ada ia akan menyertai bank sehingga China berjaya mengatasi isu mengenai hak asasi manusia, kemapanan hutang, perlindungan alam sekitar dan pentadbiran.

“Sama ada AIIB akan membebaskan elemen berkenaan adalah agak penting bagi kami. Maka melainkan soalan berkenaan dijawab, Jepun tidak akan berkata sama ada menyertai atau tidak,” kata beliau.

Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe berjabat tangan dengan Canselor Jerman Angela Merkel pada sesi kerja kedua kemuncak G7 di selatan Jerman pada 8 Jun 2015. – AFP
Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe berjabat tangan dengan Canselor Jerman Angela Merkel pada sesi kerja kedua kemuncak G7 di selatan Jerman pada 8 Jun 2015. – AFP

“Abe membuat catatan mengenai kepentingan rasuah yang perlu diatasi.”

Tokyo telah meminta pihak berkuasa China supaya menjelaskan isu berkenaan namun Beijing masih belum menyelesaikannya, kata beliau, menambah Jepun akan terus berunding dengan China mengenai perkara ini.

Kawamura berkata menteri kewangan Jepun telah menyebut baru-baru ini bahawa kerjasama di antara ADB dan AIIb mungkin dapat dicapai pada masa depan sekiranya Beijing mengatasi isu Tokyo.

Beliau juga berkata Canselor Jerman Angela Merkel berkata pada tahun depan, apabila Jepun mempengerusikan G7, isu tersebut perlu dibincangkan secara berterusan.

ARTIKEL YANG SAMA