Tiada kecederaan letupan bom di dua sekolah di Nepal

Tiada kecederaan letupan bom di dua sekolah di Nepal

KATHMANDU, Nepal, 20 Sept – Sebuah bom yang berukuran kecil meletup di luar dua buah sekolah di ibu negara Nepal pada pagi hari ini, walau bagaimanapun tiada sebarang kecederaan dan hanya kerosakan kecil dilaporkan, kata pegawai.

Dalam penemuan lain, bom yang tidak meletup telah ditemui di lima buah sekolah lain di bandar itu.

Letupan berlaku di luar pintu pagar dua buah sekolah bagi pelajar dari gred 1 hingga 10, kata pegawai polis, Bikram Singh Thapa.

Peranti yang tidak meletup ditemui di hadapan lima buah sekolah lain di Kathmandu sama ada telah diletupkan atau dibuang.

Polis telah menahan dua orang yang disyaki menjadi dalang letupan, kata Thapa.

Seorang anggota pasukan pemusnah bom ketika membuat pemeriksaan di satu lokasi bom yang mencurigakan selepas insiden bom di luar Sekolah Kanchanjunga di Kathmandu, Nepal, kelmarin. - Xinhua
Seorang anggota pasukan pemusnah bom ketika membuat pemeriksaan di satu lokasi bom yang mencurigakan selepas insiden bom di luar Sekolah Kanchanjunga di Kathmandu, Nepal, kelmarin. – Xinhua

Polis menemui risalah berhampiran tapak letupan dan melekat pada peranti yang tidak meletup dari kumpulan yang kurang dikenali yang menuntut pendidikan percuma untuk semua anak Nepal.

Thapa berkata tiada kecederaan dilaporkan, dan letupan menyebabkan kerosakan kecil kepada pintu pagar sekolah.

Keselamatan dan pengawasan polis telah dipertingkatkan di sekitar sekolah di Kathmandu. Pegawai sekolah diminta untuk mengadakan pertemuan lewat hari ini dengan pegawai-pegawai pendidikan kerajaan bagi membincangkan berkaitan serangan.

Walaupun pendidikan kebanyakannya diberikan percuma di sekolah-sekolah awam Nepal, tetapi para guru menerima bayaran yang sedikit dan infrastruktur adalah substandard, yang membawa kebanyakan kanak-kanak di bandar-bandar untuk menghadiri sekolah swasta. – AP

ARTIKEL YANG SAMA