Tiada kejadian ‘tembakan’ di Lapangan Terbang New York

Tiada kejadian ‘tembakan’ di Lapangan Terbang New York

NEW YORK, 15 Ogos – Dua terminal di Lapangan Terbang Antarabangsa John F. Kennedy, New York membuka operasinya semula pagi ini selepas menerima pelbagai laporan mengenai insiden tembakan yang memaksa penumpang dipindahkan dan beberapa penerbangan ditunda.

“Terminal itu dikosongkan sebagai langkah berjaga-jaga dan penumpang perlu menghubungi syarikat penerbangan masing-masing.”

“Pada masa ini, tiada sebarang penemuan seperti senjata api, sarung peluru atau keterangan lain bagi tembakan,” kata jurucakap pihak Berkuasa Pelabuhan New York dan Jabatan Polis New Jersey, Joe Pentangelo.

Polis memindahkan penumpang dari Terminal 8 sekitar 21:30 semalam sebagai langkah berjaga-jaga selepas menerima panggilan 911mengenai tembakan yang dilepaskan berhampiran dengan kawasan berlepas itu.

Polis Lembaga Pelabuhan memanggil pegawai dari Jabatan Polis New York untuk membantu siasatan.

Keadaan penumpang ketika berada di pusat kawalan imigresen, sementara polis mencari penembak di lapangan terbang Antarabangsa JFK di New York semalam. Polis memindahkan penumpang dari Terminal 8 sekitar 21:30 semalam sebagai langkah berjaga-jaga selepas menerima panggilan 911mengenai tembakan yang dilepaskan berhampiran kawasan berlepas itu. – AFP
Keadaan penumpang ketika berada di pusat kawalan imigresen, sementara polis mencari penembak di lapangan terbang Antarabangsa JFK di New York semalam. Polis memindahkan penumpang dari Terminal 8 sekitar 21:30 semalam sebagai langkah berjaga-jaga selepas menerima panggilan 911mengenai tembakan yang dilepaskan berhampiran kawasan berlepas itu. – AFP

Tidak lama kemudian, polis menutup Terminal 1 selepas mereka berkata pihaknya menerima laporan tambahan daripada tembakan di terminal itu. Lebuh raya berhampiran dengan lapangan terbang itu juga telah ditutup.

Penumpang telah memuatnaik gambar dan video di Twitter yang menunjukkan orang ramai sedang berkumpul di luar terminal.

Demetrius Pipkin memberitahu WPIX-TV bahawa beliau berada di Terminal 1 untuk menunggu penerbangan dengan Syarikat penerbangan Norway apabila laporan tembakan telah disebarkan.

“Sebelum ini kami diberitahu untuk menundukkan diri di atas lantai dan berselindung di sebalik apa-apa sahaja yang dapat digapai,” kata Pipkin, yang menyifatkan terminal itu sebagai “gila” dengan keadaan penumpang yang panik.

Rakaman video dan gambar yang disiarkan di media sosial menunjukkan beratus-ratus orang telah menyerbu keluar daripada Terminal 8, yang digunakan oleh Air Berlin, Alaska Airlines, American Eagle, American Airlines, Finnair dan syarikat penerbangan lain untuk berlepas.

Walau bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan. Ia tidak segera menjelaskan apa yang membawa kepada ketakutan di lapangan terbang itu. – AP