Tiada kematian gempa di timur Rusia

Tiada kematian gempa di timur Rusia

MOSCOW, 31 Jan – Pihak berkuasa Amerika Syarikat dan Rusia mengesahkan tiada kematian mahupun kerosakan dilaporkan susulan kejadian gempa bumi 7.0 magnitud yang melanda timur Rusia, pagi kelmarin.

Menurut Penyelidik Agensi Geologi Amerika Syarikat, gempa bumi itu berlaku pada kira-kira jam 3.25 petang waktu tempatan pada kedalaman 160 kilometer, di Wilayah Kamchatka Krai, pantai timur, Rusia.

Kementerian Dalam Negeri, dalam satu kenyataan, menyatakan pusat gempa berlaku di wilayah Yelizovo, 84 kilometer ke barat laut Yelizovo dan 87 kilometer barat laut Petropavlovsky-Kamchatsky.

“Penduduk di sekitar kawasan terbabit dapat merasakan gegaran pada kekuatan 5.0 magnitud. “Maklumat awal setakat ini mendapati gempa bumi itu tidak menyebabkan sebarang kerosakan atau kematian,” menurut kenyataan itu.

Akademi Sains Rusia menerusi laman web menyatakan gegaran pertama itu disusuli gegaran kedua dengan kekuatan 5.2 magnitud. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA