Tiada kesalahan ditemui

Tiada kesalahan ditemui

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 25 Dis – Daerah Polis Belait, tengah malam tadi, telah menjalankan Operasi Mencegah Jenayah di kawasan daerah ini, bagaimanapun tiada kesalahan jenayah dikesan.

Operasi yang bermula pukul 11:30 malam hingga 3 pagi itu melibatkan pemeriksaan sekatan jalan secara serentak oleh anggota dari CID dan Skuad Tindakan Segera dengan diketuai oleh Penolong Pegawai Jenayah, Siasatan Jenayah Daerah Polis Belait, ASP Mohd Amiruddin bin Haji Tunjang.

Seramai 45 orang anggota Daerah Polis Belait telah terlibat dalam operasi tersebut, yang turut membuat sekatan jalan raya di kawasan Jalan Anduki Seria oleh anggota Balai Polis Seria, manakala sekatan di kawasan Jalan Sungai Liang oleh anggota Balai Polis Sungai Liang.

Sekatan lalu lintas yang dilakukan dalam Operasi Mencegah Jenayah di kawasan Jalan Sungai Liang malam tadi.
Sekatan lalu lintas yang dilakukan dalam Operasi Mencegah Jenayah di kawasan Jalan Sungai Liang malam tadi.

Turut serta dalam rondaan, ialah lapan orang anggota Balai Polis Kuala Belait bersama tiga orang ahli Pengawasan Kejiranan Kampung Pandan B, yang membuat rondaan secara berjalan kaki di kawasan Kampung Pandan.

Mengetuai rondaan tersebut ialah Penolong Penguasa Balai Polis Kuala Belait, P/ASP Mohd Wafiy bin Zakaria, dan turut disertai oleh Ketua Kampung Pandan B, Haji Abdul Malek bin Haji Abu Bakar.

ARTIKEL YANG SAMA