Tiada kesalahan jenayah di Kg. Labu Estet

Tiada kesalahan jenayah di Kg. Labu Estet

TEMBURONG, 12 Feb – Seramai 11 anggota Unit Pengawasan Kejiranan Balai Polis Bangar bersama lima ahli Pengawasan Kejiranan Kampung Labu Estet telah menjalankan operasi pencegahan jenayah di sekitar kampung berkenaan baru-baru ini.

Operasi pada malam tersebut diketuai oleh Penolong Pegawai Penguasa Balai Polis Bangar, Inspektor Reynold @ Daniell Chin dan Pengerusi Pengawasan Kejiranan Kampung Labu Estet selaku Ketua Kampung Labu Estet Haji Sulaiman bin Haji Nasir.

Rondaan yang dijalankan secara berjalan kaki dan menggunakan kenderaan itu dilaksanakan di kawasan berkenaan, dengan sekatan jalan raya dan pemeriksaan kenderaan turut dilakukan di Jalan Labu. Tiada kesalahan ditemui semasa rondaan yang dijalankan pada malam tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA