Tiada kesalahan jenayah ditemui

Tiada kesalahan jenayah ditemui

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Mei – Operasi pencegahan jenayah telah dilaksanakan di sekitar Kampung (Kg) Lambak ‘A’ dan Kampung Terunjing Baru oleh Balai Polis Berakas bersama ahli Pengawasan Kejiranan Kg Lambak ‘A’, baru-baru ini.

Operasi itu diketuai oleh Pemangku Pegawai Penguasa Balai Polis Berakas, Penolong Penguasa Polis Percubaan, Pengiran Haji Mohammad Saiful Ariff bin Pengiran Haji Duraman.

Menurut kenyataan Pasukan Polis Diraja Brunei, operasi yang dimulakan pada jam 11 malam itu dengan rondaan menggunakan kenderaan polis menumpukan kawasan Simpang (Spg) 75 Jalan Rimba Terunjing, Kg Terunjing Baru, Spg 6 Kg Lambak Kanan, Masjid Lambak Berakas, Spg 139 dan rumah Teres ABDB Spg 31 Jalan Utama Terunjing.

Hasil rondaan tidak ada menemui sebarang perkara yang mencurigakan berkaitan dengan kesalahan jenayah yang berakhir pada jam 1:30 pagi.

ARTIKEL YANG SAMA