Tiada lagi perlawanan ulangan suku akhir Piala FA

Tiada lagi perlawanan ulangan suku akhir Piala FA

LONDON, 27 Mei – Perlawanan ulangan untuk aksi suku akhir Piala FA bakal ditiadakan bermula musim depan, menurut pengumuman Persatuan Bola Sepak (FA) England, semalam.

Aksi lapan terbaik akan kembali menggunakan format kalah mati dalam usaha mengelak daripada jadual perlawanan yang padat dalam saingan bola sepak Inggeris.

“Piala FA masih dalam saingan bola sepak Inggeris dan perubahan ini pastinya menjadi lebih menarik terhadap persaingan dan memberi manfaat kepada permainan yang lebih luas secara umum,” kata Ketua Pegawai Eksekutif FA England, Martin Glenn. “Dalam kalendar perlawanan yang padat dan tekanan daripada peminat, adalah penting kita bergerak dengan masa dan mempertimbangkan inovasi baru.

“Walaupun menghormati sepenuhnya tradisi dan sejarah, perkembangan ini akan membantu Piala FA mengekalkan statusnya sebagai persaingan yang amat disukai dan terkenal di dunia,”.

Bagaimanapun, aksi ulangan dikekalkan untuk aksi pusingan awal.

Keputusan itu menyaksikan perlawanan ulangan terakhir suku akhir adalah membabitkan pertemuan Manchester United dengan West Ham United di Upton Park musim lalu. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA