Tiada laporan mata wang palsu dalam pasaran

Tiada laporan mata wang palsu dalam pasaran

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 April – Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD) tidak menerima sebarang aduan secara rasmi mengenai edaran mata wang palsu deniominasi B$100 dalam pasaran seperti mana yang disebarkan dalam saluran media sosial.

Sehubungan itu, AMBD memohon kerjasama orang ramai untuk tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih dan boleh mengelirukan orang awam. “Sebarang keraguan mengenai matawang Negara Brunei Darussalam, sila hubungi AMBD di talian 2382186 atau melalui emel cmmcdg@ambd.gov.bn,” kata AMBD dalam satu kenyataan hari ini.

ARTIKEL YANG SAMA