Tiada maklumat penggal persekolahan dikeluarkan

Tiada maklumat penggal persekolahan dikeluarkan

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Ogos – Kementerian Pendidikan telah memaklumkan bahawa tiada sebarang maklumat dikeluarkan berkaitan dengan Penggal-penggal Persekolahan dan Hari-hari Kelepasan Awam bagi Sekolah-sekolah dan Maktab-maktab Negara Brunei Darussalam Tahun 2017 Masihi / 1438 & 1439 Hijrah. Pemakluman ini dibuat berikutan tersebarnya teks pesanan ringkas melalui media sosial mengenainya.

Sehubungan itu, Kementerian Pendidikan dalam kenyataannya meminta orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih dan boleh mengelirukan orang awam.

ARTIKEL YANG SAMA