Tiada masa untuk bersara – Williams

Tiada masa untuk bersara – Williams

RIO DE JANEIRO, 4 Ogos – Serena Williams menegaskan bahawa persaraan bukan dalam agendanya ketika bintang dari AS itu menyasarkan pingat emas Olimpik keenam.

Pemain nombor satu dunia, Williams tiba di Rio dengan memenangi gelaran Wimbledon ketujuhnya, yang membolehkannya untuk menyamakan rekod catatan era Terbuka Steffi Graf bagi 22 kejayaan.

Tetapi walaupun dia berjaya memenangi pingat emas perseorangan Olimpik dan keempat dalam bergu bersama kakaknya Venus, dia masih tidak berhasrat untuk menggantung raket.

“Saya suka apa yang saya lakukan setiap hari dan gembira di atas gelanggang. Saya suka bersaing,” kata Williams, yang kerjayanya masih dalam kedudukan selesa memasuki dekad ketiga.

“Saya tidak melihat masa apabila saya tidak mahu melakukan ini lagi. Saya selalu memberikan permainan yang maksimum dan ia membawa saya ke gelanggang.”

Williams memenangi pingat emas perseorangan Olimpik pertamanya di London empat tahun lalu dan kemudian bersaing bergu bersama Venus. Adik-beradik ini juga memenangi pingat emas bergu di Sydney pada 2000 dan Beijing lapan tahun kemudian.

Satu–satunya yang menjejaskan rekod Sukan adalah ketika tidak beraksi dalam Olimpik 2004 di Athens kerana kecederaan lutut kiri. Williams berkata dia masih ingat dengan kemenangan pingat emasnya bersama kakaknya pada 2000 apabila dia hanya berusia 18 tahun.

“Kami semua mengimpikan Grand Slam dan memenanginya, tetapi Olimpik adalah berbeza,” tambah Williams yang akan menjadi pilihan utama dalam undian hari ini bagi Rio. – AFP