Tiada masalah meski tanpa Curry

Tiada masalah meski tanpa Curry

OAKLAND, Amerika Syarikat (AS), 19 April (AFP) – Golden State Warriors mengetepikan ketiadaan Stephen Curry untuk mengatasi Houston Rockets 115-106 dan mendahului 2-0 dalam persaingan best-of-seven semalam.

Curry direhatkan sejurus sebelum disenaraikan selepas kegagalan ujian kecergasan pra perlawanan di Oracle Arena.

Bagaimanapun, sebarang harapan Houston untuk menguasai ketiadaan Curry dapat dihidu oleh pasukan Warriors, dengan Klay Thompson mencatatkan 34 mata.

Kemenangan itu disusuli dengan kejayaan Golden State 104-78 terhadap Rockets dalam perlawanan pertama.

Houston sekarang perlu memenangi satu dari dua perlawanan yang akan datang di halaman sendiri pada Khamis atau Ahad untuk menghidupkan persaingan.

Klay Thompson (kanan) bermain dengan cukup baik meski ketiadaan Stephen Curry pada perlawanan tersebut. – AFP
Klay Thompson (kanan) bermain dengan cukup baik meski ketiadaan Stephen Curry pada perlawanan tersebut. – AFP

Curry, yang bergelut dengan kecederaan buku lali selepas perlawanan pertama, melambai dan memberikan sokongan dari luar gelanggang selepas dikeluarkan.

Pasukan Warriors memerlukan semangat, ketika mereka mengekalkan penguasaan daripada perlawanan pembukaan pada Sabtu lalu.

Thompson menambah lima asis dengan kutipan matanya ditambah sementara Andre Iguodala menghasilkan 18 mata. Draymond Green menamatkan dengan 12 mata, 14 rebounds dan lapan asis.

James Harden adalah penyerang utama bagi Houston, menamatkan dengan 28 mata dan 11 asis untuk mengungguli jaringan Rockets.

ARTIKEL YANG SAMA