Tiada McGregor dalam jadual UFC 200

Tiada McGregor dalam jadual UFC 200

AMERIKA SYARIKAT (AS), 28 April – Juara Light heavyweight Jon Jones dan Daniel Cormier akan bertarung dalam pertarungan utama di UFC 200, presiden Ultimate Fighting Championship, Dana White mengumumkan semalam, yang mengetepikan sebarang harapan bagi Conor McGregor dari Ireland bagi kembali ke jadual perlawanan itu.

White berkata minggu lalu McGregor menarik diri dari pertarungannya menentang Nate Diaz pada promosi 9 Julai di Las Vegas selepas enggan terbang ke AS bagi sidang akhbar dan tugasan promosi.

Juara featherweight dari Ireland itu menyatakan dalam Twitter awal minggu ini bahawa persetujuan itu telah dilakukan untuknya kembali dalam kad tetapi White mengakui ketiadaan terbesar UFC itu akan mengecewakan peminat, katanya McGregor dipersalahkan.

“Saya tidak menghalang Conor dari bertarung di UFC 200,” kata White pada sidang akhbar di New York.

“Dia tahu apakah persetujuan itu. Saya memberitahunya apakah persetujuan itu. Dia memilih untuk melakukannya.

Presiden UFC, Dana White ketika mengumumkan perkara tersebut. – AFP
Presiden UFC, Dana White ketika mengumumkan perkara tersebut. – AFP

“Conor akan kembali bertarung.

Dia akan bertarung pada UFC 201, 202, 203, apa saja persetujuan itu.”

Bekas juara light heavyweight, Jones kembali ke Octagon selepas lebih dari setahun berehat pada Sabtu lalu dengan mata kemenangan ke atas Ovince Saint Preux untuk memenangi tali pinggang divisyen sementara.

Dia menewaskan Cormier pada Januari tahun lepas tetapi kemudian dilucutkan dari gelaran itu selepas terlibat dalam insiden langgar lari yang menyaksikannya dijatuhi hukuman dalam perhatian 18 bulan. – Agensi

ARTIKEL YANG SAMA