Tiada ngauman Tiger di Terbuka AS

Tiada ngauman Tiger di Terbuka AS

TACOMA, AS, 18 Jun (AFP) – Keunikan padang golf Chambers Bay di luar Seattle bukan hanya pembaharuan yang dipamerkan pada Terbuka AS minggu ini tetapi kerana ia membabitkan Tiger Woods.

Selalunya pada persaingan empat pertandingan utama yang menjadi perbincangan di kalangan pemain dan akhbar yang mengelilingi bintang itu – rentak, peluang untuk menang dan auranya. Tahun ini, berbeza dan ada sedikit perbincangan bagaimana dia akan mengharungi kejohanan.

Alasan selebihnya adalah mengenai pergelutan sendiri pemenang 14 kali itu dengan permainannya enam bulan sebelum ulang tahunnya yang ke-40.

Penyudah terbaiknya tahun ini adalah pada kedudukan ke-17 di Masters. Dia membuat tee lima kali pada musim 2015, termasuk terlepas cut pada Terbuka Phoenix dan pengunduran dari Terbuka Farmers Insurance di Torrey Pines kerana mengalami masalah belakang.

Banyak perkara bertambah buruk dalam persaingan akhirnya apabila mencatatkan 85 yang terburuk dalam kerjayanya pada pusingan ketiga di The Memorial dua minggu lalu.

Tiger Woods menangkap bola semasa berlatih di Chambers Bay semalam. – AFP
Tiger Woods menangkap bola semasa berlatih di Chambers Bay semalam. – AFP

Segelintir pemerhati memberikannya peluang untuk menukar banyak perkara minggu ini dengan padang yang sukar seperti yang berlaku bagi Terbuka AS.

Tidak ada sebarang kemegahan ketika ramai pemain memberikan penghormatan terhadap kehebatan Woods dan sedar dia masih menjadi tarikan terbesar dalam sukan itu di seluruh dunia.

Sebaliknya tajuk berita di merata tempat berlainan – mampukah pemain nombor satu dunia, Rory McIlroy memenangi gelaran utama kelima, mampukah juara Masters Jordan Spieth membuat laluan ke tahun kalendar Grand Slam, mampukah Phil Mickelson memenangi Terbuka AS selepas enam penyudah tangga kedua dan melengkapkan Grand Slam.

Terdapat perbincangan realistik mengenai sama ada Woods boleh memenangi 15 gelaran utama enam tahun selepas kemenangan terakhirnya dan meneruskan pemburuannya 18 rekod sepanjang masa Jack Nicklaus.

ARTIKEL YANG SAMA