Tiada Oscar untuk Brazil di Copa

Tiada Oscar untuk Brazil di Copa

RIO DE JANEIRO, 6 Mei (AFP) – Jurulatih Brazil, Dunga semalam mendedahkan skuadnya akan beraksi untuk Copa Amerika di Chile tanpa Oscar dari Chelsea yang cedera ketika juara dunia lima kali itu dilihat mengembalikan rentak kemenangan selepas kegagalan Piala Dunia tahun lepas.

Setelah menggantikan Luiz Felipe Scolari selepas Piala Dunia 10 bulan lalu, Dunga akan turun untuk memperbaiki imej pasukan yang mana moralnya terjejas akibat kekalahan separuh akhir memalukan kepada Jerman.

Kekalahan 7-1 di Belo Horizonte mengakibatkan negara dengan 202 juta penduduk itu tergamam apabila Selecao gagal untuk menambah mahkota keenam di tempat sendiri, sekali gus mengingatkan semula tempat yang mengecewakan mereka pada 1950 di Rio apabila tewas kepada Uruguay.

Selepas pulih, Brazil sekarang perlu bangun semula jauh daripada penonton tuan rumah dengan bimbingan pemenang Piala Dunia 1994 yang mempunyai pengalaman luas di dalam dan luar padang untuk mengetuai mereka.

Ketiadaan Oscar bermakna panggilan untuk Casemiro dari Porto dan Everton Riberio yang beraksi untuk pasukan Al-Ahli dari UAE dan pemain Chelsea itu berkata dia terkilan kerana tidak dapat beraksi untuk negaranya.

Oscar (kiri) tidak dapat menyertai Brazil untuk Copa America kerana mengalami kecederaan. – Reuters
Oscar (kiri) tidak dapat menyertai Brazil untuk Copa America kerana mengalami kecederaan. – Reuters

“Saya kecewa tidak dapat mewakili negara saya di Copa America kerana cedera. Tetapi saya akan menyokong rakan saya memandangkan mereka berusaha untuk mendapatkan gelaran untuk kami,” kata bintang Chelsea itu di Instagram yang sehingga kini di bawah Dunga.

“Kami telah berbincang bersama jurulatih (Chelsea), Jose Mourinho dan doktor kelab dan menyedari pemulihan memerlukan masa dan dia tidak berada dalam kedudukan yang baik untuk Copa America,” Dunga memberitahu wartawan, yang berkata dia sebaliknya akan kembali bagi kelayakan Piala Dunia 2018.

Dunga yang mengenal pasti Brazil, Argentina dan Colombia sebagai perlawanan pilihannya, menegaskan pemenang lapan kali Brazil tidak akan menyerah selepas tewas kepada Jerman, walaupun jika mereka berharap untuk melakukan yang lebih baik.