Tiada pasukan yang sempurna – Wenger

Tiada pasukan yang sempurna – Wenger

LONDON, 23 Feb (Reuters) – Arsene Wenger menuntut pemainnya membuktikan mereka sudah banyak belajar daripada beberapa kekecewaan lalu dalam Liga Juara-Juara dan bersedia berdepan Barcelona, awal pagi Rabu.

The Gunners tersingkir di peringkat 16 terakhir selama empat tahun berturut-turut selepas tewas dalam perlawanan pertama.

Tugas kali ini juga tampak bukan mudah untuk Arsenal apabila juara bertahan yang dibimbing Luis Enrique turut mencari jalan untuk melangkah ke suku akhir.

Malah, Wenger yang mendakwa Barcelona tidak ‘sempurna’ mahu pasukannya belajar daripada kepayahan mereka sebelum ini dalam kejohanan terbabit dengan memastikan tidak berdepan tugas berat pada perlawanan kedua di Nou Camp.

Wenger berkata, “Tiada pasukan yang sempurna. Barcelona tidak jauh dari itu. Kami perlu mengambil peluang kami.”

Aksi Arsene ketika mengadakan latihan di Arsenal Training Ground. Arsene menuntut pemainnya untuk membuktikan pengalaman yang lalu dapat memberikan mereka semangat berdepan dengan Barcelona dalam Liga Juara-Juara. – Reuters
Aksi Arsene ketika mengadakan latihan di Arsenal Training Ground. Arsene menuntut pemainnya untuk membuktikan pengalaman yang lalu dapat memberikan mereka semangat berdepan dengan Barcelona dalam Liga Juara-Juara. – Reuters

“Saya percaya salah satu perkara daripada bakat individu, ketiga-tiga mereka (Messi, Neymar dan Suarez) memilikinya. Mereka mempunyai persefahaman yang baik dan kerjasama yang sangat hebat.

“Saya lihat Messi memberikan bola kepada Suarez kerana dia mahu Suarez menjadi penjaring gol terbaik.

“Apabila anda melihat seorang pemain seperti Messi yang berpeluang menjaringkan gol ke-300, tetapi memberi bola kepada Suarez, ia bermakna benar-benar ada sesuatu di sana.”

Sementara itu, pengurus Barcelona Luis Enrique berkata beliau akan memberi rangsangan dan motivasi kepada pemainnya itu untuk menghasilkan pencapaian yang terbaik daripada nama-nama bintang itu.

“Saya sentiasa bekerja keras dan saya sentiasa mempunyai peluang untuk mempunyai banyak penyerang baik dalam skuad saya, ia adalah agak mudah, agak mudah.

“Dalam sesetengah keadaan anda tidak perlu untuk mengucapkan apa yang anda mahu mereka lakukan, mereka telah melakukannya. Kita perlu bekerja keras supaya pemain tengah kami boleh memberikan mereka bola.

“Kita semua mempunyai sasaran yang sama dan kita tahu bagaimana sukarnya untuk mencapai sasaran. Saya gembira dengan skuad dan ketiga-tiga pemain itu.

ARTIKEL YANG SAMA