Tiada pemain bernilai 100 juta

Tiada pemain bernilai 100 juta

ROM, 11 Nov – Midfield Itali, Marco Verratti (gambar) yang menafikan kemungkinan bakal meninggalkan Paris Saint-Germain (PSG) dan menegaskan tidak ada pemain bernilai 100 juta euro.

Pemain berumur 24 tahun itu sering dijadikan subjek dalam media dengan mengaitkannya berpindah dari Paris dengan Chelsea, Bayern Munich dan Juventus semuanya dikatakan memburunya.

“Mereka kata saya bernilai 100 juta euro? Saya tak rasa ada pemain bernilai sebanyak itu. “Itu angka yang diperbesarkan,” kata Verratti, menjelang kelayakan Piala Dunia 2018 di Liechtenstein, awal pagi Ahad.

“Saya rasa teruk untuk tahu anda bermain dalam sebuah pasukan yang menghabiskan lebih 100 juta untuk anda.

“Saya memikirkan tentang midfield Manchester United Paul Pogba yang kerana angka itu, dia perlu menunjukkan dia boleh memenangi perlawanan secara sendirian. Ia adalah normal dan saya tak yakin dengan nilai seperti ini,” katanya.

Verratti membantu PSG dalam empat kejayaan Liga Perancis berturut-turut sejak menyertai kelab di tempat asalnya Pescara pada 2012 tetapi dia berkata tidak ada keperluan untuk berpindah setakat ini. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA