Tiada penterjemah, perbicaraan ditangguh

Tiada penterjemah, perbicaraan ditangguh

BANGKOK, 15 Sept – Perbicaraan dua penduduk Uighur China yang dituduh melakukan pengeboman kuil di Bangkok ditangguhkan untuk kali kedua hari ini kerana mahkamah sekali lagi gagal mencari seorang penterjemah yang sesuai untuk tersangka.

Pengeboman pada Ogos 2015 menyebabkan 20 orang terbunuh di pusat bandar dalam serangan yang belum pernah berlaku ke atas negara yang diperintah junta itu.

Kedua-dua tertuduh, Yusufu Mieraili dan Bilal Mohammed, ditahan oleh polis Thai beberapa hari selepas pengeboman dan telah pun ditahan oleh tentera sejak itu, Kedua-duanya menyangkal dakwaan berkenaan.

Seorang peguam suspek tiba di mahkamah tentera di Bangkok, kelmarin. – Xinhua
Seorang peguam suspek tiba di mahkamah tentera di Bangkok, kelmarin. – Xinhua

Penangguhan pada hari ini menambah sandiwara baru dalam satu kes yang telah dibelenggu oleh pengeliruan, dengan polis gagal menawarkan motif yang meyakinkan untuk serangan, menurut analisis.Lebih satu dozen pelancong etnik China adalah di antara mereka yang terbunuh apabila bahan letupan – jelasnya ditinggalkan dalam beg galas – meletup di sebuah kuil Hindu yang popular dengan pelancong pada tahun lalu.

Letupan berlaku beberapa minggu selepas junta Thailand menghantar pulang 109 penduduk Uighur ke China, di mana aktivis hak berkata penduduk minoriti Islam itu menghadapi penindasan kebudayaan dan agama.

Masa tersebut mencetuskan spekulasi bahawa serangan adalah sebahagian daripada komplot balas dendam ke atas negara yang telah menjadi pusat transit untuk penduduk Uighur tatkala pemimpin tentera Thailand semakin rapat dengan Beijing. Pihak berkuasa Thai telah menolak teori itu dan menegaskan serangan adalah serangan balas terhadap satu tindakan keras ke atas geng penyeludupan manusia. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA