Tiada penyaliran longkang

Tiada penyaliran longkang

SAYA salah seorang penduduk di Rancangan Perumahan Negara Kampung Panchor (Mengkubau) ingin menyatakan kepada pihak berkenaan untuk mengambil tindakan segera mengenai halaman di belakang rumah saya dan jiran-jiran yang terbabit berhubung ‘ketiadaan’ penyaliran longkang yang betul sehingga mengakibatkan banjir sewaktu hujan turun.

Bila-bila saja hujan turun, longkang kecil saya akan tersumbat disebabkan penyaliran di halaman belakang tiada longkang besar/utama atau longkang seperti belum siap sepenuhnya, tambahan lagi ketika ini musim hujan dan apabila air bertakung (banjir) dikhuatiri akan mengakibatkan nyamuk mudah membiak dan penyakit-penyakit lain akan muncul.

Perkara itu sudah dimaklumkan kepada bahagian kontrak rumah yang mana mereka menyatakan ia bukanlah tanggungjawab mereka, mereka hanya bertanggungjawab atas kerosakan rumah namun bukan pada kawasan sekitar longkang dan sebagainya.

Oleh itu, kepada pihak yang bertanggungjawab mengenai hal-hal berkenaan agar mempercepatkan tindakan dalam menyelesaikan masalah penyaliran longkang bagi mengelak kebanjiran, menghindari penyakit dan kerosakan pada rumah serta kebersihan di kawasan sekeliling.

– Penghuni Dilema

Masalah penyaliran longkang yang sepertinya belum siap dan dibiarkan begitu sahaja.
Masalah penyaliran longkang yang sepertinya belum siap dan dibiarkan begitu sahaja.

ARTIKEL YANG SAMA