Tiada rahsia perjanjian Tehran-IAEA

Tiada rahsia perjanjian Tehran-IAEA

TEHRAN, 27 Julai (Agensi) – Naib Presiden dan Ketua Pertubuhan Tenaga Atom Iran (AEOI), Ali Akbar Salehi menggariskan bahawa tiada sebarang kerahsiaan dalam perjanjian baru-baru ini di antara Tehran dan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).

“Perjanjian kami dengan IAEA bukannya rahsia,” kata Salehi dalam program berita khas saluran dua IRIB pada malam kelmarin.

Ketua Pengarah IAEA, Yukiya Amano dan Salehi menandatangani perjanjian kerjasama peta jalan pada 14 Julai lepas.

Amano, bagi pihaknya pula berkata, peta jalan berkenaan menggesa bagi agensinya, dengan kerjasama Iran, untuk membuat penilaian berhubung isu berkaitan dengan apa yang ia panggil sebagai kemungkinan dimensi ketenteraan program nuclear Republik Islam tersebut menjelang akhir 2015.

‘Ini adalah langkah kehadapan yang signifikan ke arah menjelaskan pelbagai isu yang masih menjadi tanda tanya berkaitan program nuklear Iran,” kata Amano.

Kenyataan itu dibuat tatkala Iran dan Kumpulan 5 1 (Amerika Syarikat, Rusia, China, Britain, Perancis dan campur Jerman) bersedia untuk mengisytiharkan pelaksanaan perjanjian selepas beberapa tahun rundingan.

ARTIKEL YANG SAMA