Tiada rakyat Malaysia jadi mangsa dalam gempa bumi di Christchurch

Tiada rakyat Malaysia jadi mangsa dalam gempa bumi di Christchurch

PUTRAJAYA, 14 Feb – Tiada rakyat Malaysia yang terlibat di dalam gempa bumi yang melanda Christchurch, New Zealand pada hari ini, kata Kementerian Luar.

Bagaimanapun, rakyat Malaysia yang tingal di New Zealand dinasihatkan supaya selalu berhubung dengan Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington dan mematuhi segala arahan dan nasihat mengenai keselamatan daripada pihak berkuasa New Zealand.

“Kementerian Luar dan Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington akan terus memantau dan memberikan maklumat apabila diperolehi,” katanya dalam satu kenyataan di sini Ahad.

Menurut laporan media, satu gempa bumi kuat berukuran 5.7 pada skala Richter berlaku dekat Christchurch, mengakibatkan cenuram runtuh ke dalam laut dan tiada kerosakan besar pada bandar raya itu yang terjejas dalam gempa bumi 2011 dengan 200 orang terkorban. –Bernama