Tiada tanda e-mel digodam

Tiada tanda e-mel digodam

NEW YORK, 4 Mac (Reuters) – Seorang juruteknik yang membantu mengurus server e-mel persendirian Hillary Clinton bagi tugasnya sebagai setiausaha negara telah memberikan rekod-rekod keselamatan kepada para penyiasat yang mana katanya tidak menunjukkan tanda-tanda penggodaman asing, lapor New York Times semalam.

Bryan Pagliano bekerjasama dengan penyiasat jenayah Biro Penyiasatan Persekutuan ke atas penyusunan e-mel dalam tukaran bagi imuniti terhad oleh Jabatan Keadilan AS, menurut Times, dengan merujuk kepada mereka yang mengetahui tentang penyiasatan itu, dengan merahsiakan identiti mereka.

Dengan imuniti terhad, keterangannya tidak boleh digunakan dalam pendakwaan ke atasnya, lapor Times.

Penyiasatan telah membayangi kempen Hillary Clinton untuk menjadi calon Parti Demokratik dalam pilihan raya presiden pada bulan November nanti.

Clinton telah memohon maaf di atas penyusunan itu tetapi berkata dia tidak melakukan kesalahan dan dia percaya kerajaan akan menyangkal tuduhan terhadapnya.

Pagliano yang membantu menyusun dan mengendali sistem e-mel di kediaman Clinton di New York, memberitahu para penyiasat rekod-rekod yang diserahkannya menunjukkan pencerobohan tidak berlaku, lapor Times.

Rekod-rekod keselamatan menunjukkan siapa yang memasuki server dan bila, meskipun ia tidak mencatatkan penggodaman lebih sofistikated, lapornya lagi.

ARTIKEL YANG SAMA