Tiada tegahan...

Tiada tegahan Tarian Singa semasa perayaan Tahun Baru Cina

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Jan – Tarian Singa yang sering dipertunjukkan pada majlis sambutan perayaan Tahun Baru Cina tidak akan ditegah di negara ini.

Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dalam kenyataannya hari ini mengesahkan perkara itu bagi menafikan penyebaran maklumat mengenai tegahan Tarian Singa yang disebarkan melalui media cetak dan media sosial beberapa hari yang lalu.

Menurut kenyataan itu lagi, Negara Brunei Darussalam tidak pernah menegah rakyat dan penduduk masyarakat Tiong Hua di ini merayakan Tahun Baru Cina. Walau bagaimanapun, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri mempunyai garis pandu dalam mempertimbangkan permohonan bagi pertunjukan Tarian Singa atau Naga sempena sambutan Tahun Baru Cina.