Tiada toleransi provokasi Korea U

Tiada toleransi provokasi Korea U

SEOUL, 2 Nov (Reuters) – Ketua-ketua Pertahanan AS dan Korea Selatan menggesa Korea Utara hari ini untuk serta-merta menghentikan semua aktiviti berkenaan dengan program nuklearnya dan berkata mereka tidak akan bertoleransi dengan apa-apa provokasi ketenteraan oleh Pyongyang.

Setiausaha Pertahanan AS Ash Carter dan Menteri Pertahanan Korea Selatan Han Min-Koo juga menyatakan “kebimbangan yang serius” terhadap niat Korea Utara untuk menjalankan pelancaran misil jarak jauh dan percubaan nuklear, keterangan bersatu yang dikeluarkan selepas perbincangan mereka berkata.

“Kedua-duanya adalah peringatan nyata bahawa Korea Selatan adalah dekat, berbahaya dan meneruskan ancaman kepada keselamatan semenanjung dan rantau itu,” Carter memberitahu sidang media bersam Han, merujuk kepada sempadan bersenjata di antara kedua-dua Korea dan satu serangan 2010 terhadap kapal laut Korea Selatan.

Korea Utara menafikan sebarang penglibatan terhadap tenggelamnya Cheonan, yang mana Seoul menyalahkan Pyongyang.

“Menteri dan setiausaha itu mengesahkan bahawa sebarang kekerasan Korea Utara atau provokasi tentera tidak akan diterima,” menurut keterangan itu.

Ash Carter berjabat tangan dengan Han Min Koo semasa Mesyuarat Perundingan Keselamatan (SCM) ke-47 di Kementerian Pertahanan di Seoul hari ini. – Reuters
Ash Carter berjabat tangan dengan Han Min Koo semasa Mesyuarat Perundingan Keselamatan (SCM) ke-47 di Kementerian Pertahanan di Seoul hari ini. – Reuters

Korea Utara telah berikrar untuk menjalankan ujian nuklear dan meneruskan pelancaran apa yang mereka gelar roket untuk meletakkan satelit ke orbit, satu tuntutan yang ditolak oleh Amerika Syarikat dan Korea Selatan sebagai satu penyamaran terhadap ujian misil jarak jauh.

Carter dan Han berjumpa di Seoul hari ini dalam satu ulasan tahunan terhadap kesediaan pertahanan gabungan mereka terhadap Korea Utara dan membincangkan arahan operasi tentera gabungan mereka jika ketegangan dengan Korea Utara memuncak menjadi perang.

Mesyuarat itu datang selepas dua bulan Korea Utara dan Korea Selatan menyelesaikan kemelut ketenteraan yang telah mengancam untuk memuncak kepada konflik sebenar selepas berbalas tembakan di sempadan Zon Tentera mereka.

Kedua-dua menteri juga bersetuju untuk meningkatkan kerjasama mereka di angkasa dan ruang siber untuk meningkatkan infrastruktur kritikal pertahanan, termasuk maklumat dan sistem angkasa, menurut keterangan gabungan itu.

ARTIKEL YANG SAMA