Tiada toleransi terhadap bantahan ganas di Seoul

Tiada toleransi terhadap bantahan ganas di Seoul

SEOUL, 15 Nov (Reuters) – Kerajaan Korea Selatan berikrar hari ini untuk melumpuhkan sebarang bantahan lebih ganas, sehari selepas puluhan ditahan ketika perhimpunan reformasi buruh, bantahan jalanan yang paling besar ketika pemerintahan Presiden Park Geun-hye.

Pihak-pihak penganjur berkata mereka akan membuat satu lagi bantahan jalanan pada 5 Disember.

Lebih daripada 60,000 orang turut serta dalam bantahan itu kelmarin, menurut pihak polis, dan satu kumpulan berlawan dengan pihak polis di barisan depan, cuba untuk memecahkan sekatan bas-bas polis yang menyekat jalan-jalan utama ke pusat bandar Seoul.

Pihak polis menggunakan meriam-meriam air untuk menyuraikan perkumpulan dan menyembur air pemedih mata untuk melawan pihak pembantah yang mengayunkan paip-paip besi dan batang-batang puluh yang ditajamkan.

Perhimpunan menjadi tidak terkawal menyebabkan pihak berkuasa Korea Selatan menggunakan meriam air untuk mengawal keadaan. – AFP
Perhimpunan menjadi tidak terkawal menyebabkan pihak berkuasa Korea Selatan menggunakan meriam air untuk mengawal keadaan. – AFP

“Kerajaan telah bersedia untuk memastikan perhimpunan aman dan mengikut undang-undang, namun beberapa orang yang menyertai perhimpunan itu membawa kelengkapan yang menyalahi undang-undang seperti paip-paip besi dan menjalankan satu bantahan ganas,” Menteri Keadilan Kim Hyun-woong memberitahu di satu sidang media.

“Aktiviti-aktiviti ini adalah satu cabaran yang serius kepada undang-undang dan perintah dan pihak berkuasa awam, dan mereka tidak akan diberikan tolak ansur.”

Polis telah menahan 51 orang dan menyoal siasat mereka terhadap beberapa dakwaan termasuk bantahan haram, menyerang pegawai-pegawai polis dan memusnahkan kelengkapan awam.

ARTIKEL YANG SAMA