Tiada uji semula DNA ke atas mayat mangsa

Tiada uji semula DNA ke atas mayat mangsa

BANGKOK, 12 Julai (AFP) – Pasukan pembela bagi dua warga Myanmar yang dituduh membunuh pasangan pengembara Britain di Thailand hari ini mengesahkan bahawa mereka tidak dapat untuk menguji semula sampel DNA yang diambil daripada badan mangsa.

Pekerja penghijrah, Zaw Lin dan Win Zaw Tun masih lagi dibicarakan bagi pembunuhan David Miller, 24 dan merogol serta membunuh Hannah Witheridge, 23, di pulau Koh Tao pada September lalu.

Jika didapati bersalah mereka akan menghadapi hukuman mati. Kedua-duanya mengaku tidak bersalah.

Polis Thailand dan pendakwa berkata bukti forensik yang kukuh mendapati kedua-dua DNA lelaki terbabit yang berusia 22 tahun telah ditemui ke atas dan di dalam tubuh Witheridge.

Tetapi pembela mendakwa lelaki terbabit dipersalahkan oleh pasukan polis yang berada di bawah tekanan yang melakukan penyiasatan secara ceroboh dan pengakuan secara paksa daripada kedua-duanya yang kemudian mereka tarik balik.

Mereka meminta hakim perbicaraan di pulau Koh Samui yang berhampiran, kebenaran untuk menguji semula secara bebas kesemua contoh-contoh DNA polis.

Pada Jumaat lalu mahkamah menyatakan mereka akan melakukannya. Tetapi terdapat keraguan mengenai contoh yang ada pada polis yang masih sesuai bagi ujian semula – terutamanya bahan uji daripada tubuh Miller dan Witheridge.

Peguam utama, Nakhon Chompuchart memberitahu AFP semalam bahawa hanya barangan yang ditemui di tapak jenayah boleh dikaji semula, termasuk cangkul taman – senjata pembunuhan suspek – kasut, stoking dan beberapa beg plastik.

Tetapi bahan uji dari mangsa adalah di antara contoh-contoh DNA yang digunakan dalam proses ujian.

“Kami mahu menguji lebih banyak tetapi dengan barangan lain tidak terdapat contoh yang tinggal (untuk diuji),” katanya.

Tidak jelas bagaimana untuk menguji semula barangan yang ada akan membuktikan keadaan lain.

Sebelumnya dalam minggu ini saksi memberikan keterangan untuk memindahkan dan membersihkan cangkul taman apabila dia menemuinya selepas mayat pengembara tersebut ditemui.

”Arahan mahkamah bermakna tidak akan ada kemungkinan uji semula terhadap contoh DNA daripada Hannah dan David,” Andy Hall, aktivis hak asasi British yang berpangkalan di Thailand yang mengutip derma bagi tertuduh dan menasihatkan pasukan perundangan mereka, memberitahu AFP.

ARTIKEL YANG SAMA