Tiago sokong Martinez ganyang musuh lama Atletico

Tiago sokong Martinez ganyang musuh lama Atletico

MADRID, 29 Sept (AFP) – Midfield Atletico Madrid, Tiago menyokong rakan sepasukannya, Jackson Martinez untuk bersama pasukan dari Sepanyol itu biarpun melalui permulaan sukar dalam kerjayanya di Vicente Calderon.

Penyerang dari Colombia itu turun menentang musuh lama apabila Benfica mengunjungi ibu negara Sepanyol dalam Liga Juara–Juara esok selepas menjadi penjaring terbanyak selama tiga musim di Portugal bersama Porto sebelum perpindahan bernilai 35 juta euro (AS$39 juta) ke Atletico Julai lalu.

Bagaimanapun, Martinez telah menjaringkan satu gol dalam tujuh perlawanan bagi Los Rojiblancos dan direhatkan pada separuh masa pertama dalam setiap dua aksi permulaannya yang lalu.

“Jackson mempelajari bagaimana untuk beraksi dalam sistem kami yang bukanlah mudah bagi penyerang itu,” kata midfield Atletico dari Portugal Tiago, semalam. “Bagi kami penyerang bukanlah hanya mengenai jaringan. Semua tugasan yang mereka lakukan adalah penting. “Ia begitu sukar berbanding apa yang dilakukannya di Porto. Jadi, kami perlu bersabar kerana dia akan membantu kami.”

Jackson Martinez menjadi sandaran Atletico untuk berdepan Porto di Vicente Calderon esok. – Reuters
Jackson Martinez menjadi sandaran Atletico untuk berdepan Porto di Vicente Calderon esok. – Reuters

Kedua-dua pasukan akan memulakan kempen Eropah dengan kemenangan 2-0 ke atas perlawanan pertama ketika Atletico menewaskan Galatasaray di Istanbul, sementara Benfica mengatasi pendatang baru Liga Juara–Juara, Astana di tempat sendiri.

Dua pemain Iberia itu juga mempunyai permulaan yang sama dalam kempen domestik dengan empat kemenangan dan dua kekalahan daripada enam perlawanan pembukaan mereka.

Bagaimanapun, Atletico melangkah dalam perlawanan itu selepas tewas 1-0 kepada pendahulu La Liga, Villarreal pada hujung minggu.

Jurulatih Diego Simeone bergelut untuk mencari keseimbangan yang tepat selepas satu lagi pergolakan musim panas dalam skuad Atletico dan Tiago merasa yakin bahawa finalis Liga Juara–Juara 2014 itu akan mendapatkan rentak.

“Falsafah tidak berubah kerana kami tahu apa yang membolehkan kami untuk menang,” tambahnya.

ARTIKEL YANG SAMA