Tian Tian tidak akan melahirkan anak tahun ini

LONDON, 11 Sept – Zoo Edinburgh berkata panda gergasi Tian Tian tidak akan melahirkan anak tahun ini.

Zoo itu mengumumkan bulan lalu yang Tian Tian dipercayai bunting namun tarikh melahirkan sukar untuk diramalkan.

Pengarah Zoo, Iain Valentine berkata hari ini bahawa ‘ujian menunjukkan paras hormonnya dan sikapnya kembali normal’ ketika tahun kitaran pembiakan berakhir.

Panda gergasi sukar untuk membiak dan jika ia bunting amat sukar untuk diperhatikan disebabkan fetus mereka sangat kecil dan tidak mudah dikesan.

Tian Tian dan panda jantan Yang Guang, kedua-duanya berusia 14 tahun, tiba di Edinburgh atas pinjaman sedekad lamanya dari China pada 2011 dan satu-satunya panda gergasi yang ada di Britain. – AP