Tidak akan mendarat di Vanuatu sehingga landasan diperbaiki

Tidak akan mendarat di Vanuatu sehingga landasan diperbaiki

WELLINGTON, 8 April (AFP) – Air New Zealand berkata hari ini ia tidak akan meneruskan penerbangan ke Vanuatu sehingga landasan di lapangan terbang antarabangsa negara Pasifik itu dibaiki sepenuhnya. Syarikat penerbangan New Zealand, serta Virgin Australia, menggantung perkhidmatan ke Port Vila pada Januari, memetik kebimbangan keselamatang disebabkan landasan yang semakin merosot di Lapangan Terbang Antarabangsa Bauerfield.

Qantas juga menggantung perjanjian perkongsian kod dengan Air Vanuatu disebabkan isu berkenaan.

Ia memberi tamparan ekonomi yang besar kepada negara miskin itu, yang masih menjalani kerja-kerja pembangunan semula selepas Siklon Pam pada tahun lalu dan banyak bergantung pada pelancongan. Kerajaan telah memulakan kerja-kerja membaiki tetapi Air New Zealand berkata mereka masih tidak mencukupi.

“Jangka hayat satu tahun kerja-kerja membaiki tidak memberikan jaminan operasi yang cukup untuk membina perkhidmatan yang mampan,” katanya dalam satu kenyataan. Syarikat penerbangan itu berkata ia telah menulis kepada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Vanuatu menggaris kasar syarat-syarat kepulangannya.

“Air New Zealand hanya akan menimbang untuk meneruskan perkhidmatannya sebaik sahaja satu penyelesaian tetap untuk landasan di lapangan terbang Bauerfield telahpun dibiayai sepenuhnya, direka mengikut standard memuaskan dan diberikan kepada kontraktor yang cekap,” katanya.

ARTIKEL YANG SAMA