Tidak akan tambat ringgit pada dolar AS

Tidak akan tambat ringgit pada dolar AS

PUTRAJAYA, 20 Ogos – Kerajaan tidak akan melaksanakan kawalan modal atau menambat ringgit kepada dolar Amerika Syarikat (AS), menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Walaupun kerajaan melihat paras semasa ringgit tidak menggambarkan asas negara sebenar, namun kerajaan menyedari mengenai penyepaduan ekonomi Malaysia dan ekonomi global, katanya.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata Malaysia menjadi semakin bersepadudengan pasaran kewangan global berdasarkan keterbukaan pasaran dagangan dan kewangannya.

Berikutan ekonomi dan pasaran kewangan global kini melaluipenyelarasan, ia akan memberi implikasi atas pasaran kewangan domestik dan kadar tukaran mata wang.

“Oleh itu, fleksibiliti kadar tukaran mata wang kita sangat penting untuk menyerap pelarasan dan turun naik global ini.

“Atas sebab itu, kerajaan Malaysia tidak akan mengambil langkah menambat ringgit atau pun melaksana kawalan modal,” katanya pada sidang media di sini hari ini. – Bernama