Tidak bayar tambang teksi sejauh 850km

Tidak bayar tambang teksi sejauh 850km

TOKYO, 15 Ogos – Seorang lelaki Jepun telah ditangkap kerana dipercayai telah menipu seorang pemandu teksi selepas berjanji untuk membayar apabila memulakan perjalanan sejauh 850 kilometer (528 batu), kata polis hari ini.

Takafumi Arima, 26, dan tidak bekerja, memasuki teksi itu di Yokohama, selatan Tokyo, lewat Sabtu dan memberitahu pemandunya untuk pergi ke Matsuyama di pulau Shikoku di barat daya Jepun, kata pegawai polis Matsuyama kepada AFP.

Arima dipercayai berkata dia akan membayar tambang berkenaan sejurus ketibaannya dan pemandu tersebut mempercayainya, tambah pegawai itu.

Namun selepas memandu semalaman selama lebih sembilan jam, meter tambang tersebut menunjukkan bayaran sebanyak 270,000 yen (AS$2,600) dan Arima selepas itu mengakui dia tidak memiliki wang, kata pegawai.

“Pemandu berkenaan kemudian menelefon polis, yang membawa kepada penangkapan Arima,” kata pegawai, menambah bahawa motif perjalanannya itu belum diketahui dan masih disiasat. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA