Tidak ketinggalan rai Hari Keputeraan

Tidak ketinggalan rai Hari Keputeraan

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Julai – Dalam sama-sama meraikan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-70 tahun, Kedutaan Besar Negara Brunei Darussalam di Thailand telah mengadakan Majlis Membaca Doa Kesyukuran, Solat Fardu Maghrib, Solat Sunat Hajat dan Solat Fardu Isyak Berjemaah serta Membaca Surah Yasin dan Tahlil di Dewan Serbaguna, Pejabat Kedutaan Besar Negara Brunei Darussalam di Bangkok.

Tetamu-tetamu yang turut hadir terdiri daripada keluarga para pegawai dan kakitangan kedutaan, warganegara Brunei Darussalam yang menetap di Thailand dan para penuntut Universiti Brunei Darussalam.

Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Thailand, Haji Ismail bin Haji Abdul Manap mengetuai bacaan Doa Kesyukuran.
Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Thailand, Haji Ismail bin Haji Abdul Manap mengetuai bacaan Doa Kesyukuran.

ARTIKEL YANG SAMA