Tidak mengaku bersalah salah guna wang zakat

Tidak mengaku bersalah salah guna wang zakat

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Julai – Seorang Pendaftar Sekolah Menengah di Jabatan Pengajian Islam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, atas pertuduhan menyalahgunakan wang kutipan zakat fitrah.

Shahrul Rizam bin Haji Ramlee didakwa menyeleweng wang zakat berjumlah $86,344.77 ketika ditempatkan di Unit Kutipan dan Agihan Zakat, Kuala Belait antara 25 Julai 2011 dan 2 April 2012.

Hakim Dato Paduka Steven Chong menetapkan tarikh perbicaraan untuk tertuduh pada 18 hingga 30 Januari 2016, dan melanjutkan ikat jamin tertuduh.

Jika sabit bersalah, tertuduh akan berdepan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda. Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Yvonne Lim manakala tertuduh diwakili Peguam Ahmad Zakaria.

ARTIKEL YANG SAMA