Tidak mengaku curi besi

Tidak mengaku curi besi

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_160928_mahkamah-logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Sept – Seorang lelaki tempatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, hari ini, atas pertuduhan cuba mencuri barangan besi.

Mohammad Halini bin Zailini, 24, bersama rakan jenayahnya yang masih bebas didakwa mencuri barangan besi dari kawasan Syarikat LSL Sdn Bhd di Perindustrian Beribi pada 23 September 2016 kira-kira jam 10 malam.

Dia didakwa oleh Pegawai Pendakwa, Mohd Qamarul Affyian bin Abdul Rahman di bawah Seksyen 379 Kanun Hukuman Jenayah, Penggal 22 yang memperuntukkan penjara sehingga tiga tahun dan juga denda.

Pegawai pendakwa memohon untuk tertuduh dibicarakan, dan Majistret Kanan Haji Nabil Daraina bin PUKDPSS Ustaz Haji Badaruddin menetapkan 11 Oktober untuk sebutan seterusnya.

Majistret Kanan membenarkan tertuduh diberi ikat jamin $2,000 atau seorang penjamin tempatan, dan perlu mematuhi syarat-syarat iaitu mesti melaporkan diri ke Balai Polis Pusat, berkelakuan baik dan tidak melakukan kesalahan lain semasa dalam tempoh ikat jamin.

ARTIKEL YANG SAMA