Tidak mengaku curi iPhone 5s

Tidak mengaku curi iPhone 5s

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Ogos – Seorang lelaki tempatan mengaku tidak bersalah ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret, hari ini, atas pertuduhan mencuri.

Abdul Rani bin Haji Mat, 62, didakwa mencuri satu telefon bimbit iPhone 5s pada 9 Ogos 2015 kira-kira jam 9:30 malam di Restoran Suzliyati di Batu Bersurat.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 379, Kanun Hukuman Jenayah yang membawa kepada hukuman penjara yang boleh dilanjutkan sehingga tiga tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali.

pg06_150812_mahkamah logo2

Pemangku Majistret Kanan, Azrimah binti Haji Abdul Rahman menetapkan 20 Ogos untuk sebutan semula bagi menetapkan tarikh perbicaraan.

Pihak pendakwaan akan memanggil lima hingga tujuh orang saksi manakala tertuduh akan membawa dua orang saksi untuk pembelaannya. Tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin $3,000 atau seorang penjamin tempatan.

ARTIKEL YANG SAMA