Tidak mengaku mencuri

Tidak mengaku mencuri

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Mei – Seorang lelaki tempatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, semalam, atas pertuduhan mencuri.

Mohd Abdul Aziz bin Haji Bungsu, 37, didakwa mencuri wang daripada rumah pekerja di Kampung Telanai, mencuri sebuah kereta Mitsubishi Pajero di tempat letak kereta di Tumasek dan juga mencuri pakaian seragam polis termasuk sistem pembesar suara milik seorang anggota polis.

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Danial bin DSP Haji Kifrawi memohon mahkamah untuk menetapkan tarikh perbicaraan ke atas tertuduh, yang mana Timbalan Pendakwa Raya akan memanggil 15 orang saksi untuk memberikan keterangan.

Tertuduh memberitahu bahawa dia mempunyai empat orang saksi sebagai pembelaannya.

Mahkamah menetapkan 30 Jun untuk sebutan semula, dan membenarkan tertuduh diikat jamin $4,000 dengan beberapa syarat yang mesti dipatuhi.

ARTIKEL YANG SAMA