Tidak sedar telah dicederakan buaya

Tidak sedar telah dicederakan buaya

MELBOURNE, 4 Okt – Sebuah keluarga dari Barat Australia terselamat selepas bertembung dengan seekor buaya berukuran 1.5 meter, satu rakaman video mendedahkan.

Keluarga Timms sedang berenang di sebuah gaung di rantau Kimberley di Barat Australia (WA), yang berada jauh dari utara negeri itu, tanpa menyedari mereka telah berkongsi air dengan buaya air tawar.

Hanya apabila Cameron Timms, 14 tahun timbul dari permukaan air dan mendapati dia mengalami pendarahan akibat luka di siku, perut dan tangan barulah keluarga itu menyedari sesuatu telah berlaku.

Apabila melihat rakaman dari kamera video kalis air yang telah dipasang oleh Cameron pada pakaian mandinya untuk merakamkan apa yang sedang berlaku di bawah permukaan, keluarga itu menyedari buaya air tawar itu adalah punca kecederaan itu.

Ayah Cameron, Mark Timms berkata keluarga itu ada merasakan sesuatu dalam air namun tidak berfikir dua kali tentangnya.

“Cameron merasakan buaya melanggarnya dan kemudian, saya tidak tahu, tidak lama selepas itu dia merasa sikunya sakit sedikit, dan cuba memeriksanya dan siku berdarah dan lalu dia melompat keluar dan perutnya luka sedikit dan darah banyak keluar dari sikunya.

Timms berkata, sementara kecederaan kecil dan luka tusukan pada siku Cameron dan luka yang ‘seperti tanda barisan jarum’ pada tangannya membuatkan ia berfikir gigi buaya yang mengakibatkan kelukaan itu.

“Bahagian siku mengalami luka dan tusukan daripada buaya tersebut adalah pasti,” katanya lagi. Buaya air tawar tidak dianggap berbahaya bagi manusia tetapi orang ramai dinasihatkan berhati-hati semasa berada di sekitar reptilia akuatik itu. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA