Tidak serik, kali ini didenda $38,000

Tidak serik, kali ini didenda $38,000

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Mei – Seorang lelaki tempatan yang sebelum ini pernah disabit dengan kesalahan rokok sekali lagi menerima pengajarannya apabila Mahkamah Majistret menjatuhkan hukuman denda $38,000 atau berdepan hukuman penjara selama 13 bulan jika gagal membayar denda.

Hukuman diputuskan oleh Pemangku Majistret Kanan Azrimah binti Haji Abdul Rahman terhadap Saiful Mahari bin Hamidon, 30, selepas tertuduh mengaku salah atas tuduhan itu pada 18 Mei lalu.

Pemangku Majistret Kanan mengarahkan tertuduh untuk membayar denda secara ansuran $1,000 setiap bulan.

Tertuduh yang bekerja sebagai pengawal keselamatan didakwa memiliki 51 karton rokok seludup di dalam bonet belakang kereta yang dipandunya ketika berada di kawasan Kampung Wasan pada 17 Februari 2015 kira-kira jam 1:05 petang.