Tidak serik mencuri

Tidak serik mencuri

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Feb – Seorang lelaki tempatan yang memiliki lapan rekod jenayah lampau membabitkan kesalahan mencuri tidak pernah serik melakukan jenayah itu apabila sekali lagi tertangkap selepas mencuri seekor kerbau pada Disember 2015.

Jeridin bin Minggas, 35, dihadapkan ke Mahkamah Majistret, hari ini, dan mengaku bersalah atas tuduhan mencuri kerbau sekitar 13 dan 14 Disember 2015 di kawasan Kampung Lumapas.

Tertuduh juga mengaku bersalah atas pertuduhan mengancam 10 orang anggota polis dengan mengayunkan parang terhadap mereka bagi mengelak daripada ditangkap dalam kejadian pada 16 Disember 2015 di kawasan Kampung Sungai Kebun.

pg06_160226_mahkamah logo

Majistret Kanan Haji Nabil Daraina bin PUKDPSS Ustaz Haji Badaruddin menjatuhi 18 bulan penjara atas kesalahan mencuri kerbau dan lapan bulan penjara bagi kesalahan mengancam anggota polis daripada menjalankan tugas mereka.

Majistret Kanan memerintahkan hukuman ke atas tertuduh dijalankan secara berasingan, bermula hari ini.

ARTIKEL YANG SAMA