Tidak serik-serik curi barang kemas

Tidak serik-serik curi barang kemas

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Julai Seorang wanita yang tidak serik-serik melakukan kesalahan, akan mengetahui nasibnya pada 14 Julai ini di Mahkamah Majistret.

Suzanti binti Ibrahim, 28, mengaku bersalah kerana mencuri barang kemas bernilai $12,000 dari sebuah rumah di Kampung Sungai Tilong antara 1 hingga 19 Mac 2016.

Dia juga menghadapi pertuduhan mencuri barang kemas bernilai $10,000 dari sebuah rumah di Kampung Selayun pada 28 Mac 2016.

Tertuduh juga berdepan tuduhan mencuri barang kemas bernilai $20,000 di sebuah rumah di Kampung Sungai Tilong pada 27 April 2016 dan turut mencuri barang kemas bernilai $5,380 dari sebuah rumah di Kampung Tanah Jambu.

Terdahulu, Timbalan Pen-dakwa Raya, Dayangku Didi-Nuraza binti Pengiran Latiff memohon supaya Majistret Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman menjatuhi hukuman berat terhadap tertuduh yang sebelum ini pernah melakukan kesalahan mencuri, menipu dan menyamar.

ARTIKEL YANG SAMA