Tidak serik-serik mengambil dadah

Tidak serik-serik mengambil dadah

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_160720_mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Julai – Mahkamah Majistret, hari ini, menjatuhi hukuman penjara tiga tahun tiga bulan terhadap seorang lelaki tempatan yang tidak serik-serik terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah.

Mohamad Sahipul Razial bin Haji Omar, 34, mengaku bersalah mengambil Methylamphetamine pada 2 Mei 2015.

Dia diberkas oleh pegawai narkotik kerana dicurigai terlibat dalam aktiviti dadah di sebuah rumah di Kampung Rimba sekitar jam 3:30 petang.

Tertuduh dibawa ke Biro Kawalan Narkotik untuk pengambilan sampel air kencing.

Pegawai Pendakwa Narkotik, Ahmed Faez Anuar memaklumkan Majistret Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid bahawa sampel air kencing tertuduh setelah dianalisis oleh Jabatan Perkhidmatan Saintifik menunjukkan ia mengandungi dadah.

Majistret Dewi memerintahkan hukuman tertuduh bermula pada hari pertama dia ditahan reman, pada 14 Julai 2016.