Tiga ahli wakili Pandu Puteri ke peringkat negara

Tiga ahli wakili Pandu Puteri ke peringkat negara

Oleh Siti Nur Wasimah S.

TUTONG, 24 April – Persatuan Pandu Puteri Daerah Tutong, kelmarin, telah mengadakan Pertandingan Membaca Ayat Suci Al-Quran Bagi Ahli-ahli Persatuan Pandu Puteri Peringkat Daerah Tutong yang telah berlangsung di Bilik Kuliah, Sekolah Menengah Tanjong Maya, Tutong.

Hampir 40 orang ahli Pandu Puteri menghadiri pertandingan berkenaan yang dibahagikan kepada tiga kategori iaitu Kategori Pandu Puteri/ Pandu Puteri Ranger, Kategori Tunas Puteri dan Kategori Pemimpin Muda.

Hadir bagi menyempurnakan penyampaian hadiah ialah Penolong Pesuruhjaya Daerah Tutong, Hajah Maimunah binti Abdullah.

Menjuarai bagi Kategori Pandu Puteri ialah Dayang Siti Nurlyana binti Abdullah Emran, yang dikuti oleh Dayang Nur Faiqah binti Abdullah Hanafizul Helmi di tempat kedua dan Dayang Noramalina binti Mohd Ali di tempat ketiga.

Bergambar ramai bersama para pemenang yang menyertai pertandingan.
Bergambar ramai bersama para pemenang yang menyertai pertandingan.

Sementara itu, Kategori Pandu Puteri Tunas pula dijuarai oleh Dayang Wafiqotul Ardini binti Sahril Fauzi dengan mendapat mata 88% dan naib juara ialah Dayang Wafiqotul Amni binti Sahril Fauzi.

Bagi Kategori Pemimpin Muda, seorang sahaja peserta yang menyertainya iaitu Dayang Berlyanna  Indah Yardhana binti Jefry di mana peserta ini akan terus mewakili kategori itu ke peringkat negara.

Pemenang setiap kategori akan mewakili Persatuan Pandu Puteri Daerah Tutong di peringkat negara nanti, yang akan berlangsung di Daerah Tutong selaku tuan rumah pada tahun ini.

ARTIKEL YANG SAMA