Tiga angkasawan berlepas ke ISS

Tiga angkasawan berlepas ke ISS

MOSCOW, 7 Julai – Tiga angkasa-wan berlepas hari ini dari Baikonur Cosmodrome Rusia di Kazakhstan ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

Angkasawan adalah Anatoly Ivanishin dari Rusia, Kate Rubins dari Amerika Syarikat dan Takuya Onishi dari Jepun.

Ketiga-tiga mereka akan mengambil penerbangan dua hari di Soyuz MS-01 sebuah kapal angkasa baru Rusia, di mana mereka akan mengubah suai sistem kapal angkasa.

Kapal angkasa Soyus adalah dijangka berlabuh dengan Stesen Angkasa Antarabangsa pada 0412 GMT, 9 Julai ini. Angkasawan akan menyertai tiga angkasawan lain, yang dikenali sebagai anak kapal Ekspedisi 48 NASA bersama angkasawan di Stesen Angkasa Antarabangsa sejak Mac.

“Anak kapal Ekspedisi 48 akan menghabiskan empat bulan bagi menjalankan lebih daripada 250 penyiasatan sains dalam bidang-bidang seperti biologi, sains bumi, penyelidikan manusia, sains fizikal dan pembangunan teknologi,” kata NASA dalam satu kenyataan.

Kapal angkasa Soyuz yang dikemas kini, yang dibangunkan oleh pengilang daripada Rusia itu dilengkapi dengan radar navigasi maju, panel solar yang lebih cekap dan sistem komunikasi baru. Ia juga akan berfungsi sebagai kenderaan menyelamat krew dan boleh digunakan untuk kembali ke bumi apabila kecemasan. – Xinhua