Tiga askar terbunuh di barat daya Pakistan

Tiga askar terbunuh di barat daya Pakistan

PESHAWAR, Pakistan, 18 Sept – Dua lelaki bersenjata di atas motosikal membunuh tiga askar hari ini berhampiran bandar barat daya Peshawar, menurut polis.

Lelaki bersenjata itu melepaskan tembakan di Garhi Sohbat Khan di pinggir bandar Peshawar, ibu kota wilayah barat daya Phyber Pakhtunkhwa, menyerang sebuah kenderaan persendirian yang membawa tiga orang askar, kata pegawai kanan polis, Shaukat Khan.

Penyerang menggunakan senjata tangan untuk menyasarkan askar-askar yang kembali dari sebuah ladang ternakan tentera selepas membawa susu untuk pegawai-pegawai, kata Khan.

Jamaatul Ahrar, sebuah kumpulan berpecah Taliban, mengaku bertanggungjawab bagi serangan itu. Jurucakap kumpulan, Ahsanullah Ahsan mengatakan dalam satu kenyataan bahawa tiga askar disasarkan oleh kumpulan itu untuk membalas denda ‘ke atas permusuhan tentera dengan masjid-masjid.’

Pemberontak Islam sudah pun terlibat dalam pelbagai serangan seumpamanya di dalam dan seluruh wilayah yang dikelilingi kawasan puak tak berundang-undang itu. – AP

ARTIKEL YANG SAMA