Tiga beranak maut dalam nahas di Sibu

Tiga beranak maut dalam nahas di Sibu

KUCHING, 22 April – Sekeluarga tiga beranak maut apabila kereta mereka bertembung dengan sebuah kereta pacuan empat roda di Jalan Salim, Sibu tengah hari tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata dalam kejadian jam 1:48 tengah hari tadi, ketiga-tiga anak beranak yang tersepit di dalam kereta, maut di tempat kejadian.

Mangsa-mangsa dikenali sebagai Sii Toh Chin, 42, dan isterinya Leong Siew Chiang, 39 dan anak mereka Helen Sii Yii Yii yang berusia lima tahun, katanya kepada Bernama di sini hari ini. – Bernama