Tiga bot pencari suaka dipintas tahun ini

Tiga bot pencari suaka dipintas tahun ini

SYDNEY, 9 Mei (AFP) – Australia telah memintas tiga bot pencari suaka setakat ini pada tahun ini, termasuk satu yang membawa wanita dan kanak-kanak dari Sri Lanka, dedah menteri imigresen negara pada hari ini.

Di bawah langkah keras Canberra, pencari suaka yang cuba sampai di Australia dengan bot sama ada dihantar balik ke tempat mereka memulakan perjalanan atau ke kem pulau Pasifik terpencil, di mana keadaan tempat tinggal telah pun dikritik. Kerajaan telah mempertahan dasar sebagai menghalang maut di laut.

Sejak bermulanya “Operasi Sempadan Berdaulat” pada September 2013, ia berjaya menghalang aliran bot, dan kejadian mati lemas, yang menggambarkan pentadbiran Buruh sebelum ini.

Pada Mac, Canberra mengalu-alukan 600 hari tanpa kapal yang tiba, dengan 25 bot yang membawa 698 orang diminta berpatah balik dan “pulang ke negara mereka dengan selamat.” Menteri Imigresen Peter Dutton berkata tiga buah bot telah pun dipintas pada tahun ini, termasuk sebuah kapal nelayan kecil dari Sri Lanka pada minggu lalu.

“Saya boleh menasihatkan bahawa terdapat 12 orang dalam kapal tersebut,” kata beliau.

“Dan kapal itu telah bertolak dari Sri Lanka dan kami berjaya memulangkan 12 orang berkenaan, yang termasuk lelaki, wanita dan kanak-kanak, dengan selamat ke Sri Lanka pada 6 Mei.

“Sekarang, ia membawa kepada tiga jumlah kapal yang telah berusaha tiba dan telah pun diminta berpatah balik, orang orang kembali ke negara asal mereka, pada tahun kalendar ini.” Beliau tidak memberikan butir-butir mengenai dua bot lain.

Kapal dari Sri Lanka datang dalam jarak 500 meter di Pulau Cocos, Australia di Lautan India pada Isnin minggu lalu, menurut laporan.

Australian Broadcasting Corporation berkata selepas dijumpai, mereka yang berada dalam kapal dipindah daripada sebuah kapal kastam ke bot yang lebih kecil, yang membawa mereka ke pantai.

ARTIKEL YANG SAMA