Tiga cedera dalam letupan di Istanbul

Tiga cedera dalam letupan di Istanbul

ISTANBUL, 10 April (AFP) –Tiga orang cedera kelmarin apabila bom meletup berhampiran sebuah perhentian bas di Istanbul, menurut agensi berita Dogan.

Letupan berlaku di daerah yang sibuk Mecidiyekoy di sebelah Eropah bandar itu. Tiga yang cedera dimasukkan ke hospital yang hanya mengalami cedera ringan, kata laporan itu.

Polis menghantar kepungan keselamatan di sekitar kawasan itu dan helikopter berlegar di atas tempat kejadian, katanya. Tidak ada petunjuk terhadap serangan yang berlaku itu dan siapa yang bertanggungjawabnya .

Insiden itu berlaku apabila bandar terbesar di Turki mengalami beberapa siri serangan maut pada tahun ini yang dipersalahkan ke atas militan Kurdish dan kumpulan berani mati.

Terdahulu kedutaan Amerika Syarikat telah memberi amaran terdapat ancaman yang boleh dipercayai tentang serangan kawasan pelancongan di Istanbul dan resort Antalya.

Pengebom berani mati yang pihak berkuasa syaki adalah kumpulan berani mati Islamic State (IS) yang telah melancarkan dua kali serangan maut di Istanbul pada tahun ini yang menyasarkan warga asing.

Terdapat juga kehadiran penambahan keselamatan di bandar itu apabila ia bersiap sedia untuk menjadi tuan rumah pemimpin Islam dari seluruh dunia bagi Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) minggu depan.