Tiga cedera di Taiwan pulang ke tanah air

Tiga cedera di Taiwan pulang ke tanah air

TAIPEI, 30 Jun – Tiga orang warga asing yang tercedera dalam letupan taman air di Taiwan, yang menyebabkan satu kematian, telah diterbangkan pulang, manakala lebih 200 orang yang tercedera masih di bawah jagaan rapi, lapor media hari ini.

Tiga warga asing dihantar pulang dengan penerbangan perubatan lewat semalam yang diaturkan oleh syarikat International SOS, menurut Agensi Berita Pusat (CNA) yang dikendalikan kerajaan.

Tiga warga asing itu telah dihantar pulang ke Hong Kong, Shanghai dan Singapura, lapor CNA, dengan memetik sumber SOS.

Ketiga-tiga pelajar tersebut mengalami kecederaan melecur antara 15 peratus dan 80 peratus pada badan mereka dan mengalami kecederaan akibat penyedutan api, menurut doktor penyelarasan International SOS, Chen Wan-lin.

Serbuk yang mudah terbakar meletup dan pentas konsert terbakar di Taman Air Formosa di New Taipei Sabtu lalu yang menyaksikan kira-kira 1,000 orang menyertai pesta menari.

Seorang wanita berusia 20 tahun meninggal dunia semalam selepas mengalami kecederaan melecur terbakar 90 peratus pada badannya.

Kira-kira 211 orang yang tercedera masih dilaporkan dalam penjagaan rapi.

ARTIKEL YANG SAMA