Tiga cedera ditembak lelaki bertopeng

Tiga cedera ditembak lelaki bertopeng

CHICAGO, 29 Okt (AFP) – Lelaki bersenjata bertopeng yang melepaskan tembakan di sebuah pusat membeli-belah di Indiana semalam telah mencederakan tiga orang, lapor media tempatan.

Seorang pekerja di kedai Target memberitahu Indianapolis penyiar RTV6 bahawa dia mendengar bunyi tembakan 15 kali. Saksi-saksi lain berkata, penembak itu melarikan diri dengan berjalan kaki memakai topeng ski dan pakaian gelap.

Polis memberitahu media tempatan mengenai laporan sebelum ini oleh saksi bahawa penembak mempunyai senjata ‘AK-47 atau pistol’ adalah tidak betul, dan dia masih bebas.

Dua lelaki dan seorang wanita telah ditembak dan mengalami kecederaan yang tidak mengancam nyawa, kata penyiar WTHR.

Dalam taklimat kepada media tempatan, polis berkata, mangsa yang paling teruk berada dalam keadaan kritikal tetapi dijangka selamat.

Mereka melaporkan bahawa selepas penembak memasuki pusat membeli-belah, mereka mendapati terjadi satu pertengkaran dan selepas itu das tembakan dilepaskan.