Tiga ditikam, 13 ditahan pada perhimpunan KKK

Tiga ditikam, 13 ditahan pada perhimpunan KKK

LOS ANGELES, 28 Feb (AFP) – Tiga orang ditikam, salah seorang daripada mereka berada dalam keadaan kritikal, dan 13 yang lain ditahan di California semalam apabila perhimpunan Ku Klux Klan (KKK) bertukar menjadi perbalahan bersama pembalas penunjuk perasaan, menurut saksi-saksi dan polis.

Sekitar tengah hari, setengah dozen ahli kumpulan daripada pembenci kulit putih, yang keramaian mereka masih di bawah beberapa ribu di AS, tiba di tapak bantahan di Anaheim, kata pegawai.

Pada ketika itu ahli–ahli Klan “dikelilingi” oleh penunjuk perasaan, yang menyerang mereka dengan sekurang-kurangnya satu papan kayu, saksi Brian Levin memberitahu AFP.

Jurucakap polis setempat, Sarjan Daron Wyatt berkata ia kelihatan “enam pengikut KKK tiba dan dengan segera diserang oleh penghalang penunjuk perasaan, yang membawa kepada penghalang penunjuk perasaan ditikam.”

Perbalahan awal mencetuskan beberapa pergaduhan berasingan, tambah Wyatt, yang memetik tiga mangsa yang ditikam adalah terdiri dari penghalang penunjuk perasaan, sementara dua lagi ahli KKK diserang oleh orang ramai.

Kawasan kejadian ditutup oleh pihak polis bagi siasatan lanjut. – AFP
Kawasan kejadian ditutup oleh pihak polis bagi siasatan lanjut. – AFP

Salah seorang mangsa, katanya, ditikam menggunakan hujung tiang bendera, menurut The Orange County Register.

Daripada mereka yang ditahan, enam ialah ahli KKK dan tujuh daripada penunjuk perasaan pesaing, kata Wyatt. Kesemuanya ialah lelaki, kecuali seorang wanita dalam setiap kumpulan.

“Penentang penunjuk perasaan “memecahkan jendela SUV Klan dan cermin depan,” kata Levin, yang mengetuai Pusat bagi Kajian Benci dan Pelampau di Universiti California di San Bernardino.

“Pada kedudukan itu, orang ramai semakin ganas.”

Sebahagian penunjuk perasaan mula menyepak seorang lelaki yang memakai baju yang mempamerkan “Grand Dragon,” kata Levin, yang menggambarkan ahli–ahli KKK yang mengalami cedera ringan kepada lebih parah.

“Dia disepak apabila jatuh” di tanah, katanya.

ARTIKEL YANG SAMA